Sila klik pautan di bawah untuk ke Laman Rasmi Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor

http://purbaselangor.webs.com

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum .......

Kami dari Purba Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua yang beragama Islam tidak kira di mana saudara / saudari berada.

Khamis, 10 Jun 2010

Lawatan ke Jakarta

PURBA Selangor telah mendapat jemputan rasmi bagi menghadiri acara "Keris For The World". Bagi menyahut jemputan itu ... beberapa orang ahli di bawah pimpinan YDP Ab Majid Bujang telah berangkat ke Jakarta untuk memeriahkan lagi acara tersebut. Gambar2 lawatan boleh dilihat di laman rasmi PURBA Selangor di :-

http://purbaselangor.webs.com

Jumaat, 14 Mei 2010

Mesyuarat Bulanan dan Perjumpaan

Satu mesyuarat bulanan dan perjumpaan akan diadakan kepada semua ahli Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor.

Tarikh : 15 Mei 2010
Masa : 2:00 ptg
Tempat : JM Logistics,
              Unit No:7A, Worldwide Business Park,
              Blok 1, Jln. Tinju 13/50, Seksyen 13,
              40675 Shah Alam, Selangor.

Semua ahli dijemput hadir.

Isnin, 3 Mei 2010

Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor

TARIKH : 5 MEI 2010 (RABU)

TEMPAT : STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

MASA : 8.00 MALAM

PERASMI : DYMM SULTAN SELANGOR

PAKAIAN : KEBANGSAAN / BATIK / KURUNG / KEBAYA LABUH

URUSETIA : 03-55190050/7604

Isnin, 4 Januari 2010

Serasehan 2

Tajuk             : Bentuk Keris dan Keris Bugis
Penceramah   : Cikgu Nordin
Tarikh           : 10 Januari 2010. (Ahad)
Masa            : 2:30 petang
Tempat         : Pejabat Keriswalikota Caw. Shah Alam,
                      No. 7A, Blok 1, Shah Alam Worldwide Business Centre,
                      (bersebelahan dengan Tesco Shah Alam)
Peserta          : Ahli Purba Selangor            - (Percuma)
                       Bukan ahli (tempat terhad) - (RM 30)
Peralatan      : Sila bawa apa-apa jenis keris tidak kira bentuk mahupun daerah

kepada sesiapa yang bukan ahli yang berminat untuk menyertai serasehan ini, sila berhubung untuk tempahan.

Ab Majid Bujang (YDP)  -  0192309016
Zarim Hj Marzuki (setiausaha) - 0192580000

Mesyuarat Awal Tahun

Satu mesyuarat awal tahun akan diadakan oleh Purba Selangor bagi membincangkan aktiviti-aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang tahun 2010.

Tarikh           : 10 Januari 2010. (Ahad)
Masa            : 2:00 petang
Tempat         : Pejabat Keriswalikota Caw. Shah Alam,
                      No. 7A, Blok 1, Shah Alam Worldwide Business Centre,
                      (bersebelahan dengan Tesco Shah Alam)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :-

Ab Majid Bujang (YDP)  -  0192309016
Zarim Hj Marzuki (setiausaha) - 0192580000

Jumaat, 11 Disember 2009

Serasehan 1

Tajuk             : "Pengenalan Kepada Keris" dan "Keris Pandai Saras"
Penceramah   : Cikgu Nordin
Tarikh           : 12 Desember 2009. Sabtu
Masa            : 2:30 petang
Tempat         : Bilik mesyuarat JM Logistic, Menara Amcorp                            (Pejabat Keriswalikota)
Peserta          : Ahli Purba Selangor            - (Percuma)
                       Bukan ahli (tempat terhad) - (RM 30)
Peralatan      : Sila bawa koleksi keris pandai saras tidak kira lurus / berlok / pamor/ tidak berpamor untuk bertukar-tukar pendapat semasa serasehan berlangsung. 

kepada sesiapa yang bukan ahli yang berminat untuk menyertai serasehan ini, sila berhubung untuk tempahan.

Ab Majid Bujang (YDP)  -  0192309016
Zarim Hj Marzuki (setiausaha) - 0192580000

Sabtu, 28 November 2009

Sekapur Sirih













Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

    Pertama sekali, saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA, Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor telah selamat ditubuhkan dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja yang telah bertungkus lumus menubuhkan persatuan ini.

    Pada zaman teknologi maklumat yang bergerak dengan begitu pantas, Purba Selangor tidak mahu ketinggalan dan menyahut cabaran dengan bergerak seiring dengan perkembangan terkini. Segala kemudahan dalam bidang teknologi akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    Pembinaan laman web ini adalah untuk memudahkan ahli serta orang awam mendapat informasi tentang Purba Selangor dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini juga adalah satu cara untuk menyampaikan maklumat secara elektronik bagi sebuah pertubuhan yang sering berhubung dengan ahli serta pelbagai agensi lain. Sudah tentu banyak lagi informasi dan bahan yang akan dimuatkan dan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat melayari laman web Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor ( PURBA ) kepada pengunjung yang pertama kali singgah di laman web ini. Saya berharap Purba Selangor akan dapat diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan dengan adanya laman web ini terutamanya dalam memastikan Purba Selangor bergerak aktif memenuhi tujuan penubuhannya.
Sekian.

AB MAJID BIN BUJANG
Yang DiPertua
Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor

Hubungi kami

Alamat  : PERSATUAN SENIPURBA NUSANTARA SELANGOR
               NO. 22A, JALAN PERMAI 7,
               TAMAN KOTA PENDAMAR,
               42000 PELABUHAN KLANG,
               SELANGOR DARUL EHSAN.

Nama
No. Tel
En. Ab Majid Bujang019-2309016
En. Zarim Hj Marzuki
019-2580000
En. Md Rosman Md Haniffah
013-7664222

Alamat Email :   purbaselangor@gmail.com

Keahlian

JENIS-JENIS KEAHLIAN

Keahlian adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang berminat dengan matlamat Purba Selangor layak menjadi ahli.
  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Seumur Hidup

Ahli Biasa

  • Warga negara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bekerja atau tinggal di Selangor.
Ahli Bersekutu

  • Warga negara Malaysia / Bukan warga negara Malaysia / Expatriate.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Tidak bekerja atau tinggal di Selangor.
Ahli Seumur Hidup
  • Warga negara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bekerja atau tinggal di Selangor.
Borang keahlian boleh didapati daripada setiausaha atau bendahari atau muat turun dari pautan di sebelah ini.  Borang Keahlian