Sila klik pautan di bawah untuk ke Laman Rasmi Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor

http://purbaselangor.webs.com

Sabtu, 28 November 2009

Sekapur Sirih













Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

    Pertama sekali, saya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA, Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor telah selamat ditubuhkan dan didaftarkan sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja yang telah bertungkus lumus menubuhkan persatuan ini.

    Pada zaman teknologi maklumat yang bergerak dengan begitu pantas, Purba Selangor tidak mahu ketinggalan dan menyahut cabaran dengan bergerak seiring dengan perkembangan terkini. Segala kemudahan dalam bidang teknologi akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    Pembinaan laman web ini adalah untuk memudahkan ahli serta orang awam mendapat informasi tentang Purba Selangor dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini juga adalah satu cara untuk menyampaikan maklumat secara elektronik bagi sebuah pertubuhan yang sering berhubung dengan ahli serta pelbagai agensi lain. Sudah tentu banyak lagi informasi dan bahan yang akan dimuatkan dan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat melayari laman web Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor ( PURBA ) kepada pengunjung yang pertama kali singgah di laman web ini. Saya berharap Purba Selangor akan dapat diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan dengan adanya laman web ini terutamanya dalam memastikan Purba Selangor bergerak aktif memenuhi tujuan penubuhannya.
Sekian.

AB MAJID BIN BUJANG
Yang DiPertua
Persatuan Seni Purba Nusantara Selangor

Hubungi kami

Alamat  : PERSATUAN SENIPURBA NUSANTARA SELANGOR
               NO. 22A, JALAN PERMAI 7,
               TAMAN KOTA PENDAMAR,
               42000 PELABUHAN KLANG,
               SELANGOR DARUL EHSAN.

Nama
No. Tel
En. Ab Majid Bujang019-2309016
En. Zarim Hj Marzuki
019-2580000
En. Md Rosman Md Haniffah
013-7664222

Alamat Email :   purbaselangor@gmail.com

Keahlian

JENIS-JENIS KEAHLIAN

Keahlian adalah terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang berminat dengan matlamat Purba Selangor layak menjadi ahli.
  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Seumur Hidup

Ahli Biasa

  • Warga negara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bekerja atau tinggal di Selangor.
Ahli Bersekutu

  • Warga negara Malaysia / Bukan warga negara Malaysia / Expatriate.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Tidak bekerja atau tinggal di Selangor.
Ahli Seumur Hidup
  • Warga negara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bekerja atau tinggal di Selangor.
Borang keahlian boleh didapati daripada setiausaha atau bendahari atau muat turun dari pautan di sebelah ini.  Borang Keahlian